''DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG''

Friday, November 11, 2011

fitrah manusia suka akn kebaikan (:

edit by : hannan iLyani
credit to: iluvislam.com


Assalamualaikum,

tatkala ini hati hannan sdg berduka.kerana?? bnyk perkaralah yg mnyumbang.. sbb itu terjumpa artikel ini di fb dipost oleh rakan fb.
hannan edit sikit,xnk tulis bnyk2 sngt..sbagai penawar jiwa dan rohani..
kita kongsi sama2 k ^_^


>Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.
>Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. kannnn ;)
>Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh. 
>Berbicara itu mudah tetapi mahu melakukan itu tidak semudah bicara dan tulisan. Kerana itu perlu kepada kisah-kisah yang dapat menguatkan hati. Yang bisa meneguhkan keazaman dalam diri untuk menjadi lebih baik.
>Dengarkan  kisah pelacur perempuan. Yang berzina. Tetapi dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing. Tidakkah rahmat Allah itu luas? Kerana itu berhenti menghukum manusia. Walau kotor pada pandangan manusia, kita tiada pernah mengetahui apakah pandangan-Nya ^_^
:::[Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.]:::
Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi <--[sngt suka ungkapan ini ^_^]
p/s : <3 tlg tenang dan kuat utk tuan kamu k (:

No comments: